BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 December 2013

Salah sangka

Aku dah cuba
Aku paksa
Aku lembutkan, tabahkan
Buat diri percaya
Hati takkan terluka lagi
Meski ada suara menentang
Aku jahanamkan saja

Aku tengah berusaha
Belajar balik
Nak buang "kekerasan" dalam diri
Yang selama ni aku pinggirkan
Rendah sangat rasanya
Tak padan dengan enggang di langit

Aku belajar walau nampak cacat
Langsung tak kena "kelembutan" tu
Dengan aku
Aku tak kisah sebab aku buat ikhlas
Berharap ada yang hargai

Tapi aku silap
Memang tak kena dengan aku
"Kelembutan" tu 
Kau tak nampak, kau tak pandang pun walau sementara
Oh, aku salah sangka
Bukan salah kau tapi aku

Mungkin kau muak tengok aku "keras" 
Kau "runtuh" kan sikit demi sikit
Aku pun dengan rela
Ingat kau rasa apa yang aku rasa
Rupanya tak
Sia-sia je semua ni

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.