BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 20 December 2013

Tembok

Bila disoal kenapa aku begini
Berat hati aku berkata "aku pernah disakiti"
Ya, tu lah yang sebenarnya
Masa lalu yang menyakiti menjadikan aku seperti sekarang

Berwaspada sangat berwaspada
Percaya sesekali jangan
Ingatan pada diri
Berhati-hati sentiasa

Bukan mudah membina tembok seperti sekarang
Tapaknya kesengsaraan
Dibina dengan berjuta air mata kekecewaan
Penderitaan yang dirasai mengukuhkan ia

Akhirnya lama mengesot pedih
Aku bangun berdiri
Berkubukan tembok yang dibina
Yakin dan pasti
Takkan diruntuhkan


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.