BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 12 January 2014

Kesian

Kesian
Sebab sorang perempuan
Persahabatan jadi pelik
Jadi janggal kekok
Berhati-hati menyusun kata
Bergurau tak macam lepas
Walau nampak biasa
Berdua mereka je yang tahu

Kesian
Seorang tersungging gembira
Bila bunga pujaan datang menyerah
Seorang menunduk pasrah
Bila melihat sang teruna sahabatnya
Bersama sang dara idaman yang tak mungkin digapai
Sebak dihati ditahan gagah
Harapan yang diberi telah hancur berterbangan
Dibawa angin lalu bersama hatinya

Ditunjuk pada dunia dia kuat sekali
Padahal dia mahu meratap meraung sekuat hati
Tapi dihalang ego meninggi
Walau titisan air mata tiada
Aku tahu kau menangis sendirian
Dalam hati banjir air mata kekecewaan
Semoga kau kuat tabah berdiri 
Menjaga tali persahabatan kau
Kerana ia lagi berharga di fana ini


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.