BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 31 January 2014

Maaf itu bukan aku

Bukan diri tak mencuba
Telah sehabis daya digagahi
Namun perasaan malu menebal
Tak dapat dibendung dalam diri

Aku ingin, nak memulakan
Langkah pertama sejak sekian lama
Tapi tak berdaya
Takut, anggapan negatif menguasai
Ku lupakan niat di hati

Mungkin kau tunggu langkah pertama aku
Minta maaf ku katakan ku tak mampu
Dengan kau aku berbeza
Secara tiba-tiba aku bertukar perangai
Asal aku terpekik loncat sana sini
Jadi pemalu sopan bila itu kau

Bukan hipokrit, memang bukan aku
Tapi itu aku sejak dulu
Malu memulakan tapi nak gila kau
Aku takkan berubah macam ni aku tahu
Bila kau mengundur aku tahu
Salah aku memang sedar itu
Takkan kau je kan panggil aku dulu

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.