BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 16 January 2014

Topeng syaitan

Cantik ke tak takda guna,
Useless, bukan diperlukan pun dalam fana ni.

Betul, tapi masyarakat sekarang mentaliti terpesong. 
Anggap yang berkilau luaran permata yang kekal.
Yang terang mati tak hendak hidup tak hendak dipandang jelik.

Itu masih dikira baik.
Ada yang menganggap garam masin tiada erti,
Walhal mutiara tiram sebenarnya garam.
Bodoh sombong namanya itu.

Benar belaka.
Apakan daya tiada apa dapat diubah.
Hidup masyarakat kini berupa cerita yang dikuasai antagonis belaka.
Yang baik berhimpit menyesuaikan diri melepaskan lelah.

Berhimpit masih diterima.
Ada yang dipijak serta menjadi mangsa buah mulut manusia syaitan,
Yang tak pernah mengenal erti lelah jerih.

Belum diserta yang dilontar melayang tanpa henti, sesuka hati
Diperkotak-katikkan
Ditimbus dengan fitnah tak henti 
Masyarakat syaitan topeng manusia ini kejam.

Biarlah mereka, Perhatikan saja gerak langkah mereka
Sehingga mereka puas gembira atas derita orang lain
Biar waktu itu berlaku saat kiamat tiba
Moga saja mereka dijatuhi hukuman setimpal




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.