BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 11 June 2014

Hidup aku

Aku hanyalah aku
Gadis biasa dari tempat biasa
Yang terperuk mungkin asing ditelinga

Hidup aku hanya normal
Dengan sahabat dikeliling
Bersama keluarga menyokong dibelakang

Tapi hati aku lain
Rindukan seorang teman
Yang kini makin jauh menyepi
Tanpa aku sedari yang aku
Biarkan dia pergi sendiri, tinggalkan aku

Aku hidup begini
Penuh topeng penipuan
Tersenyum tapi merana di dalam

Hidup ku berubah
Sedikit sebanyak terkesan
Hanya kerana dia tinggalkan
Jejak memori di hati
Buat ku merindu ingin kembali

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.